Semua yang ada di alam ini adalah makhluk Allah yang sentiasa bertasbih dan memuji keagunganNya.

Angin, api, air, gunung, malah virus sekalipun adalah makhluk yang tunduk kepada Allah.

Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi ketika berlakunya angin kencang, kemudian dikumandangkan azan lalu tiba-tiba angin itu kembali reda?

Inilah bukti kekuasaan Allah..

Jadi, bagaimana pula dengan virus yang tidak nampak dengan mata kasar?

Video ini menunjukkan eksperimen oleh sekumpulan saintis dari Amerika yang ingin mengetahui bagaimana hasilnya bila virus diperdengarkan dengan alunan suara azan dan ayat suci al-Quran.

Video ini menunjukkan eksperimen oleh sekumpulan saintis dari Amerika

Apa yang mengejutkan virus tersebut tidak aktif seolah-olah tunduk mendengar betapa syahdunya kalam Allah ini.
Walaupun video ini mungkin tidak benar atau ‘hoax’ semata-mata, apa yang pasti semua yang ada di muka Bumi ini adalah makhluk Allah.

Justeru, sebagai umat Islam kita seharusnya kembali kepada mendekatkan diri kepada Allah selain berdoa agar wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ini akan kembali pulih.

Berdoalah dengan seikhlas-ikhlasnya agar krisis ini akan berakhir sebelum Ramadan tiba agar kita dapat beribadah dengan khusyuk dan tenang.

Wallahua’lam..

Meninggal dunia akibat Covid-19 syahid akhirat
Umat Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19 dianggap syahid akhirat.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, ini kerana kematian mereka disebabkan mudarat akibat penularan wabak maut itu.

Menurutnya, mereka yang meninggal dunia akibat Covid-19 juga perlu disempurnakan sama seperti jenazah lain.

“Mangsa yang meninggal dunia perlu dimandikan, dikafankan dan disolat seterusnya dikebumikan mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Mereka yang meninggal dunia ini sama seperti individu yang meninggal dunia ketika bersalin dan kemalangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Rahman berkata, mereka yang meninggal dunia ini juga dihapuskan dosa kerana penyakit yang dihidapi itu adalah asbab Allah SWT untuk menghapuskan dosa seseorang.

Katanya, mereka akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT atas ujian yang diberikan ketika hayatnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan umat Islam agar menggunakan waktu lapang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini untuk meningkatkan amal ibadah kepada Allah SWT.

“Banyakkan solat hajat berjemaah, berzikir, berdoa agar Allah SWT permudahkan ujian yang sedang kita hadapi ini.

“Ujian ini juga menjadikan kita insan yang lebih baik selain mengukuhkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga,” katanya.